Archive for October, 2009

Petunjuk Sepanjang Jalan

Monday, October 26th, 2009

Ingin sekali ana memetik tulisan As Syahid Syed Qutub di dalam buku tulisannya Petunjuk Sepanjang Jalan. Ini adalah berkisarkan tentang kehidupan zaman jahilliyah dahulu dimana kaum wanita menjadi alat pemuas nafsu.

Jenis-jenis perkahwinan di zaman Jahiliyyah ada empat

Pertama: Perkahwinan yang berlaku di zaman kita, iaitu seorang lelaki meminang seorang anak perempuan orang lain yang halal dinikahinya. Maka berlangsunglah perkahwinan.

Kedua: Si suami berkata kepada isterinya, bila si isteri itu suci dari haidnya “Pergilah engkau kepada si anu dan ambillah keturunannya”, lalu si suami itu tidak mensetubuhi isterinya itu sehingga didapatinya bahawa si isteri itu telah mengandung hasil perhubungan jenis dengan orang yang disuruh ambil keturunannya itu. Dan bila nyata bahawa si isteri telah benar-benar mengandung barulah si suami itu mensetubuhi isterinya itu semula. Perkahwinan jenis ini dinamakan ‘kahwin mencari anak pintar’

Ketiga: Sekumpulan orang lelaki kira-kira tidak sampai sepuluh orang berpakat menyetubuhi perempuan tertentu. Mereka melakukannya mengikut giliran masing-masing. Selepas mengandung dan melahirkan anak, perempuan itu memanggil semua lelaki yang menyetubuhinya tanpa seorang pun tidak boleh terlepas. Perempuan itu berkata “Wahai orang lelaki sekelian, aku telah melahirkan anak kamu. Ini anak kamu wahai si polan, berilah nama kepadanya sesuka hatimu”, lalu diserahkan anaknya kepada orang yang dipilihnya, orang yang dipilih tidak boleh menolaknya.

Keempat: Orang ramai berkumpul untuk menyetubuhi seorang perempuan bergilir-gilir(tanpa sebarang pakatan) dan perempuan tidak boleh menolak sesiapa yang menyetubuhinya. Perempuan itu akan meletakkan kain putih di depan pintu rumahnya kalau ada sesiapa sedang menyetubuhinya. Bila perempuan lacur itu mengandung dan melahirkan anak, kumpulan lelaki tadi berkumpul dan membuat pakatan serta persetujuan tentang siapakah di antara mereka yang patut menjadi bapa kepada anak itu, dan orang yang dipilih itu tidak boleh menolak keputusan ramai itu dan mesti menerima tanggungjawab sebagai ayah kepada si anak itu (Hadis riwayat Bukhari di dalam Bab Al Nikah)

Begitu rosaknya masyarakat terdahulu yang belum menerima sinar Islam. Keturunan boleh dibawa main-main. Tidakkah kita merasa tidak senang jika anak yang lahir itu bukan dari zuriat kita sendiri. Adakah kita sanggup menerimanya? Juga betapa murahnya maruah kaum perempuan pada zaman itu, lebih teruk dari binatang ternakan. Sedang si jantan akan bergaduh dengan jantan yang lain untuk merebut pasangan. Ini pula MANUSIA yang sanggup berkongsi perempuan yang sama. Astargfirullahal Azim, semoga dijauhkan daku dari kejahilan sebegini.

Ujian Allah

Sunday, October 25th, 2009

“Dan kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata innalillah wainnalillahi raji un, sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali” Al-Baqarah 2:155,156

Ujian dalam kehidupan orang beriman adalah sesuatu yang pasti. Yalah, siapa yang mahukan ujian kerana perasaan yang dirasakan itu amat sakit dan kadang-kadang menguji kesabaran setiap insan yang merasakannya. Namun siapa yang tahu kecuali hati-hati yang sedang diuji ini. Wahai hati-hati yang tabah, ketahui Allah tidak akan mensia-siakan kamu dengan ujian-ujian yang menimpa. Bahkan janjiNya ada 2, sama ada menghapuskan dosa-dosa terdahulu atau menaikkan darjat kita di sisi. Janganlah cepat berputus asa atau bersedih, kerana kita adalah orang-orang yang disukai disisi Allah.

dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jikak kamu orang beriman Ali Imran 2:139

Secebis nasihat dari diri yang tidak seberapa. Sekadar peringatan untuk diri dan sahabat-sahabat sekalian.

Wallahuallam

Busuknya dosa

Thursday, October 8th, 2009

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain dari Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahuinya. Ali Imran 3:135

“Wei, jangan mengumpat la dosa tu” Sapa seorang rakan.

“Ah, sibuklah kau. Suka hatilah aku cakap apa. Dah memang betul” Balas si A.

A tidak mempedulikan nasihat rakannya. Segala apa yang rakannya ingin nasihat tidak mahu diterimanya. Bahkan terus-menerus melakukan dosa yang sama setiap hari. Membicarakan keaiban orang lain. Namun hari tidak selalu memyebelahi A. Petang itu hujan turun mencurah-curah. Tiada tanda-tanda akan berhenti. A berjalan di tepi longkang. Sepanjang laluan dia melalui lantai yang bersimen. Dengan hanya berteduhkan senaskhah surat khabar, A berlari menuju ke motosikalnya yang berada 500 meter jauhnya. Tiba-tiba dia terpijak sesuatu yang agak licin.

“Dup,” Bunyi yang agak kuat kedengaran.

Sambil mengelip-gelipkan matanya. A memandang-mandang di sekelilingnya. Badannya terasa lemah, kepala berbalut. “Kat mana aku ni?” Bisik A dalam hati. Tiba-tiba rakannya yang selalu menasihatinya tadi menyapanya. “Hah, kau tak apa-apa? tanya rakannya. “Kau terjatuh tadi, dari semalam kau tak bangun-bangun” tambah rakannya.

“Ye ke? Mana kawan office kita yang lain” Tanya A. “Entahlah, aku dah ajak diorang tapi takde sorang pun yang nak datang” Balas rakannya, perlahan seolah-olah tiada suara. Muka A berubah, terasa ada sesuatu yang menyiat-yiat hatinya. “Ya Allah mungkin aku terlalu sakitkan hati diorang sampai takde sorang pun yang nak jenguk aku” bisik hatinya. Kesal. Dia termenung merenung ke luar tingkap. “Dahlah tu, diorang sibuklah tu. Kau janganlah ambil hati ye” kata rakannya.

Keesokan hari. Rakannya datang lagi. Kali ini A sedang bersiap-siap untuk ‘discharge’ dari hospital. Sempat dia bertanya. “Macamana ye aku nak baik-baik dengan orang-orang yang aku dah selalu buruk-burukkan”. “Kau minta doa pada Allah minta dipermudahkan dan dibukakan hati mereka. Insya allah mereka akan maafkan” Balas rakannya. “Yang paling penting jangan kau buat balik perangai buruk kau tu” sambung rakannya.

Moral: Jangan suka mengumpat ye. Seumpama memakan daging saudara seagama.

Syukurlah dan Fikirkanlah

Sunday, October 4th, 2009

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepada-mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka azab-Ku sangat berat. Ibrahim 14:7

Sesungguhnya dunia ini penuh dengan ujian dan cubaan yang datang dari Allah. Ada di antara orang-orang yang diuji dengan Allah dengan kekurangan harta dan masa. Itulah adalah lumrah kepada manusia, kerana setiap ujian yang diberi kepada pasti ada hikmahnya. Namun begitu, kita harus bersyukur kerana banyak lagi nikmat yang kita ada di Malaysia ini jika dibandingkan dengan penderitaan rakyat Palestin yang dibantai Yahudi tercela.

Jika setiap pagi kita fikirkan “Aku nak makan apa hari ni?”

Tapi rakyat Palestin memikirkan “Berapa ramai yang akan kena bunuh hari ni?”

Sekadar luahan untuk diri sendiri dan yang membaca.