Assalamualaikum,
Semoga semua pembaca blog ini berada dalam kesihatan yang sejahtera dan keceriaan yang luar biasa. Amin
Sukar diungkapkan mengapa saya mengikuti usrah dari tahun 2005 hinggalah sekarang. Mengapa dan kenapa nak kena ikut usrah ni?Ada orang berkata kenapa nak ikut usrah, kan banyak ceramah agama kat luar sana. Content dan kandungan ceramah agama kan lebih kurang sama je dengan usrah. Ya benar, kandungan ceramah agama sama saja dengan usrah dan kadang-kadang yang memberi ceramah itu lebih pakar dalam bidang yang disampaikan.
Tahukah anda apakah kelebihan berusrah?
1. Usrah membina tautan hati, naqib dan mad’u-mad’unya sentiasa bertanya khabar setiap kali berjumpa, kadang-kadang masalah peribadi dan pengalaman diri dikongsi bersama dalam usrah. Ada ke kita berkongsi masalah peribadi dalam ceramah-ceramah?
2. Membina kemahiran interpersonal skill. Naqib berupaya belajar untuk berkenalan dan memahami setiap mad’u-mad’unya, yang ini pendiam, yang ini peramah, yang ini sensitif dan yang ini sangat terbuka. Setiap orang akan dilayan sesuai dengan personaliti masing-masing. Ada tak penceramah mengenali nama dan personaliti setiap orang yang menghadiri ceramahnya?
3. Membina keyakinan diri bercakap. Setiap orang yang berada di dalam usrah itu mesti bercakap apabila diperlukan, tidak kira siapa pun dia. Dia mesti berani mengeluarkan pendapat dan pandangannya di dalam isu yang dibincangkan dalam usrah. Sekurang-kurangnya melatih membina keyakinan diri sebelum memberi ucapan dari kelompok yang lebih besar.
4. Melatih sikap ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan masing-masing. Tak semestinya naqib yang menyampaikan tajuk tersebut tahu semuanya tentang tajuk yang disampaikan. Ahli-ahli usrah lain juga boleh menambah apa yang kurang dan apa yang tidak lagi disentuh.
Namun, bukan sama sekali tidak perlu hadir ceramah. Saya tidak mengatakan ceramah tidak perlu, malah baik untuk hadir untuk menambah ilmu dengan orang yang ternyata lebih tinggi ilmunya. Bergantung pada niat masing-masing kenapa hadir berusrah, kerana amal tanpa niat tidak melahirkan pahala seperti dinyatakan dalam buku hadith 40, hadith 1
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar Ibn Khattab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Kesimpulan, apa pun yang kita buat niatkanlah kerana Allah. Insya allah diterima Allah.