Hari yang selalu saya lupakan

December 14th, 2009

‘Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu, sungguh, guncangan hari kiamat itu adalah suatu (kejadian) yang sangat besar. (Ingatlah) pada hari ketika kamu melihatnya (guncangan itu), semua perempuan yang menyusui anaknya akan lalai terhadap anak yang disusuinya, dan setiap perempuan yang hamil akan keguguran kandungannya, dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah itu sangat keras’ Surah Al Hajj, ayat 1 dan 2.

Kadang-kadang saya terasa sangat sedap mengejar nikmat dunia ini, sedangkan akhirat itu yang abadi. Kadang-kadang saya selalu berfikir bagaimana nak mengecap nikmatnya wang dunia ini, sedangkan membawa orang memahami islam lebih baik dari dunia dan segala isinya. Itulah yang berlaku kepada diri saya selama 6 bulan selepas tamat belajar di IPT. Sangat terlupa ada hari yang sudah PASTI akan datang, namun fokus saya lari dan semakin lari. Namun dengan bantuan Allah, hati ini tersedar dan kembali meng’audit ‘ diri dan memberi sedaya-upaya dan apa yang boleh melalui blog ini. Oh! Terima kasih kepada yang sudi memberi komen dalam blog ini, anda dihargai dan ditulis ‘gaji’ anda oleh para malaikat, Insya Allah.

Teruskan men’gomen’

Urat kakiku terseliuh la

December 8th, 2009

Ada satu sunnah Rasulullah S.A.W yang mungkin kita sedar atau tak. Mengenai kesihatan yang banyak bersangkut paut dengan urat-urat saraf di kaki. Ha, jangan terkejut ye sahabat-sahabat. Gambar di atas bukanlah gambar tatu yang dilukis pada tapak kaki, tapi hanyalah organ-organ yang uratnya disambung ke kaki.

Kalau kita perasan, semasa kita duduk tahiyat akhir. Kaki kanan harus dilipat pada bahagian semua jari, rapatkan betul-betul pada lantai. Masa itu urat-urat yang di’urut’ seperti gambar di atas adalah otak, mata, kelenjar pituitari dan bahu. Kesannya kita akan rasa lebih segar selepas solat, itu pun kalau dibuat dengan betul dan bersungguh. Dalam buku ‘Formula Solat Sempurna’ karangan Ustaz Zaharuddin pun ada bincang pasal kaki ni, cuma ustaz tak bincangkan berkenaan refleksologi la. Oh ya! ini juga bertepatan dengan hadith dari Abu Hamid al-Sa’idi ra, katanya:

Aku melihat Nabi Muhammad S.A.W  apabila baginda duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyat awal), ia duduk atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)-Hadith sohih riwayat al-Bukhari

PS: Penulis blog meminta maaf kalau ada yang tersalah sangka yang ana Hariz UiTM Shah Alam, niat memang dari awal nak guna nama Hariz. Hariz pun dah bagi green light. Kan Hariz kan.

Kau jangan bernikah dengan dia tau

December 1st, 2009

“Diharamkan atas kamu menikahi ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara ayahmu yang perempuan, saudara-saudara ibumu yang perempuan, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang menyusui kamu, saudara-saudara perempuanmu sesusuan, ibu-ibu isterimu(mertua), anak-anak perempuan isterimu dari isteri yang telah engkau campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu tapi kamu telah menceraikannya maka tiada dosa kamu menikahinya, haram dinikahi isteri-isteri anak kandungmu, dan haram menikahi dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau. Sungguh Allah Maha Pengampuan lagi Maha Penyayang” An-Nisa, ayat-23

Kesimpulan

Saudara, anda tak boleh bernikah dengan

  1. Mak kandung sendiri
  2. Anak perempuan sendiri
  3. Saudara perempuan sendiri, kakak dan adik perempuan sendiri
  4. Anak-anak kakak atau adik perempuan
  5. Ibu susu
  6. Kakak atau adik perempuan sesusuan
  7. Mertua
  8. Menantu perempuan

Yang last sekali tu saya tak faham, mungkin ada pembaca boleh jelaskan

anak-anak perempuan isterimu dari isteri yang telah engkau campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu tapi kamu telah menceraikannya maka tiada dosa kamu menikahinya,

Wallahuallam

Gerakan Freemason Sedunia 3

November 20th, 2009

Ideologi Humanisme begitu menebal walaupun di zaman ini di Eropah. Sebagai contoh dalam satu lagu nyanyian John Lennon, ahli kumpulan the Beatles telah menzahirkan sikap anti agama mereka. Kita hayati liriknya…

Imagine there’s no heaven

It’s easy if you try

No hell below us

Above us only sky

Imagine all the people

Living today…

Imagine’s there no countries

It isn’t hard to do

Nothing to kill or die for

And no religion too…

You may say I’m a dreamer

But I’m not only the one

I hope one day you join us

And the world will be as one

John Lennon tidak mahu adanya akhirat. Tiada syurga, tiada neraka. Tiada sebab untuk membunuh atau dibunuh untuk akidah. Tiada agama di dunia ini. Mungkin kita menganggap John Lennon seorang yang bermimpi di siang hari, tetapi dia bukan keseorangan. Dia berharap agar kita menyertai dia.

Jadi orang yang berakhlak walaupun tanpa agama

Freemason banyak bergerak dalam organisasi yang dinamakan sebagai Rotary’s Club dan Lion Club. Mereka mendakwa boleh menjadi orang yang berakhlak walaupun tanpa agama. Dakwa mereka, organisasi ini menjalankan kerja-kerja kebajikan masyarakat dan mereka berbakti kepada masyarakat. Memang sukar dipercayai, macamana orang yang tidak percaya adanya tuhan boleh buat kebaikan kepada orang lain. Jika orang yang beragama buat kebaikan kerana akan dibalas oleh tuhannya, habis untuk apa ahli Freemason melakukan kebaikan?

Sebagai bukti, mari kita mengimbau sejarah silam di mana Revolusi Perancis dicetuskan Gerakan Freemason. Mereka melaung-laungkan slogan “kebebasan, persamaan, kasih sayang”.

Gambar di atas menunjukkan salah satu alat yang digunakan semasa Revolusi Perancis, berpuluh-puluh ribu orang telah dipenggal menggunakan alat di atas.

Pada zaman sekarang, Freemason menjalankan kegiatan haram dengan menjalinkan hubungan rapat dengan mafia. Mereka bekerjasama dengan kegiatan-kegiatan penyeludupan senjata, perniagaan dadah dan pelaburan wang haram.

Namun di dalam agama kita, Allah mengarahkan hambanya supaya bekorban untuk orang lain seperti yang difirman dalam surah al-Hasyr:9

“…sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya”

bersambung lagi….

Gerakan Freemason Sedunia 2

November 13th, 2009

Cerita di sebalik Kabbalah

Kitab Taurat ada menceritakan tentang kaum Bani Israel, di bawah pimpinan Nabi Musa a.s. melarikan diri dari Mesir akibat penindasan dari Firaun yang kejam dan rakus. Setelah melarikan diri, Bani Israel enggan dan engkar kepada agama Nabi Musa yang diturunkan Allah pada masa itu. Nabi Musa memberi amaran tentang azab yang Allah akan timpakan kepada Bani Israel namun mereka tidak mengendahkannya. Mereka lebih gemar menyembah sesuatu yang dapat dilihat dengan mata, yakni berhala seperti yang tertulis di dalam ayat ini

” Wahai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami dapat melihat Allah dengan jelas” Al-Baqarah, ayat 55.

Kemudian terhasil satu agama mistik yang diberi nama Kabbalah

Tertulis Cabala di bawah simbol ini

Konsep ketuhanan dalam Kabbalah amat berbeza dengan kitab Taurat dan al Quran. Lance Owens, seorang penyelidik Amerika menyatakan “Kabbalah menganggap tuhan itu infiniti yakni berbilang. Bagaimana Tuhan berubah daripada tunggal kepada infiniti masih menjadi misteri. Sudah jelas, imej Tuhan yang berbilang ini membenarkan dakwaan politeisme (kepercayaan tuhan berbilang). Imej ketuhanan sempurna… juga digambarkan oleh Kabbalah mempunyai kesatuan. Adam Kadmon adalah manusia asal atau prototaip. Satu dorongan ketuhanan yang sejati dalam satu bentuk organik yang sempurna telah menyebabkan manusia berkongsi dengan tuhan. Nilai nombor dalam bahasa Ibrani untuk nama Adam dan Jehovah(Adam dan Tuhan) adalah 45. Oleh itu, dalam penafsiran kitab Kabbalah Tuhan adalah sama dengan Adam, Adam adalah tuhan. Dalam pengesahan ini menjadikan dakwaan bahawa semua manusia dalam kedudukan yang tinggi adalah seperti Tuhan”

Seperti kepercayaan Mesir purba, Kabbalah menolak hakikat material dijadikan dari tiada kepada ada. Kabbalah juga mendakwa manusia juga tidak dijadikan dari tiada kepada ada dan manusia bebas membuat apa sahaja yang mereka mahu kerana mereka tidak terikat dengan pencipta. Oleh itu Kabbalah boleh digelar sebagai humanisme sekular.

Bersambung lagi da….

Bulan Solat MSSAAS

November 8th, 2009

Kepada kita

Klik sini—>Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Gerakan Freemason Sedunia

November 6th, 2009

Apa itu Freemason?

Kenapa Freemason?

Baru saja habis membaca buku Gerakan Freemason Sedunia terbitan Saba Islamic Media. Freemason adalah satu aliran pemikiran yang sentiasa menyebarkan istilah materialisme dan humanisme.

Apa itu materialisme?

Materialisme adalah kepercayaan semua benda adalah terdiri daripada jirim dan sangat bergantung pada jirim untuk sesuatu benda itu wujud. Sesiapa yang mempunyai pemikiran materialisme dipanggil materialis. Dan setiap orang yang mempunyai pemikiran materialisme adalah atheis. Atheis adalah orang-orang yang tidak percaya kepada kewujudan tuhan.

Siapa yang mengasaskan gerakan freemason?

Tentera salib atau mereka yang digelar sebagai templar mengasaskan kepercayaan ini. Templar ini telah menyerang Baitul Maqdis pada tahun 1099. Mereka mengepung dan menyerang masuk ke dalam kota ini sejurus melepasi halangan. Seramai 40,000 orang Islam telah dibunuh mereka. Di atas penaklukan ini mereka telah menjadi kaya-raya dan menguasai kekayaan di sana. Mereka membentuk pergerakan Freemason atau kesatria-kesatria templar.

Apa itu Kabbalah?

Kabbalah adalah cabang agama Yahudi yang mistik.  Kabbalah juga adalah satu sistem di mana menyembah berhala sebelum turunnya kitab Taurat dan menjadi lebih meluas selepas turunnya Taurat.

Apa itu Humanisme?

Humanisme adalah pemikiran yang menyeru supaya cinta manusia, keamanan, persaudaraan. Namun mereka juga menyeru manusia supaya menyembah tuhan yakni suatu ‘kuasa kebendaan’.

Freemason percaya ada suatu kuasa yang menguasai semua benda dan tenaga. Salah satu lagi kempen mereka adalah mengenai teori evolusi.  Kesannya penganut fahaman ini menganggap manusia yang primitif adalah beruk yang belum berevolusi sepenuhnya.

Bersambung….

Jom Berqurban!

November 4th, 2009

Video promosi. Boleh dicopy paste tanpa keizinana tuan punya blog :)

Petunjuk Sepanjang Jalan

October 26th, 2009

Ingin sekali ana memetik tulisan As Syahid Syed Qutub di dalam buku tulisannya Petunjuk Sepanjang Jalan. Ini adalah berkisarkan tentang kehidupan zaman jahilliyah dahulu dimana kaum wanita menjadi alat pemuas nafsu.

Jenis-jenis perkahwinan di zaman Jahiliyyah ada empat

Pertama: Perkahwinan yang berlaku di zaman kita, iaitu seorang lelaki meminang seorang anak perempuan orang lain yang halal dinikahinya. Maka berlangsunglah perkahwinan.

Kedua: Si suami berkata kepada isterinya, bila si isteri itu suci dari haidnya “Pergilah engkau kepada si anu dan ambillah keturunannya”, lalu si suami itu tidak mensetubuhi isterinya itu sehingga didapatinya bahawa si isteri itu telah mengandung hasil perhubungan jenis dengan orang yang disuruh ambil keturunannya itu. Dan bila nyata bahawa si isteri telah benar-benar mengandung barulah si suami itu mensetubuhi isterinya itu semula. Perkahwinan jenis ini dinamakan ‘kahwin mencari anak pintar’

Ketiga: Sekumpulan orang lelaki kira-kira tidak sampai sepuluh orang berpakat menyetubuhi perempuan tertentu. Mereka melakukannya mengikut giliran masing-masing. Selepas mengandung dan melahirkan anak, perempuan itu memanggil semua lelaki yang menyetubuhinya tanpa seorang pun tidak boleh terlepas. Perempuan itu berkata “Wahai orang lelaki sekelian, aku telah melahirkan anak kamu. Ini anak kamu wahai si polan, berilah nama kepadanya sesuka hatimu”, lalu diserahkan anaknya kepada orang yang dipilihnya, orang yang dipilih tidak boleh menolaknya.

Keempat: Orang ramai berkumpul untuk menyetubuhi seorang perempuan bergilir-gilir(tanpa sebarang pakatan) dan perempuan tidak boleh menolak sesiapa yang menyetubuhinya. Perempuan itu akan meletakkan kain putih di depan pintu rumahnya kalau ada sesiapa sedang menyetubuhinya. Bila perempuan lacur itu mengandung dan melahirkan anak, kumpulan lelaki tadi berkumpul dan membuat pakatan serta persetujuan tentang siapakah di antara mereka yang patut menjadi bapa kepada anak itu, dan orang yang dipilih itu tidak boleh menolak keputusan ramai itu dan mesti menerima tanggungjawab sebagai ayah kepada si anak itu (Hadis riwayat Bukhari di dalam Bab Al Nikah)

Begitu rosaknya masyarakat terdahulu yang belum menerima sinar Islam. Keturunan boleh dibawa main-main. Tidakkah kita merasa tidak senang jika anak yang lahir itu bukan dari zuriat kita sendiri. Adakah kita sanggup menerimanya? Juga betapa murahnya maruah kaum perempuan pada zaman itu, lebih teruk dari binatang ternakan. Sedang si jantan akan bergaduh dengan jantan yang lain untuk merebut pasangan. Ini pula MANUSIA yang sanggup berkongsi perempuan yang sama. Astargfirullahal Azim, semoga dijauhkan daku dari kejahilan sebegini.

Ujian Allah

October 25th, 2009

“Dan kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata innalillah wainnalillahi raji un, sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali” Al-Baqarah 2:155,156

Ujian dalam kehidupan orang beriman adalah sesuatu yang pasti. Yalah, siapa yang mahukan ujian kerana perasaan yang dirasakan itu amat sakit dan kadang-kadang menguji kesabaran setiap insan yang merasakannya. Namun siapa yang tahu kecuali hati-hati yang sedang diuji ini. Wahai hati-hati yang tabah, ketahui Allah tidak akan mensia-siakan kamu dengan ujian-ujian yang menimpa. Bahkan janjiNya ada 2, sama ada menghapuskan dosa-dosa terdahulu atau menaikkan darjat kita di sisi. Janganlah cepat berputus asa atau bersedih, kerana kita adalah orang-orang yang disukai disisi Allah.

dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jikak kamu orang beriman Ali Imran 2:139

Secebis nasihat dari diri yang tidak seberapa. Sekadar peringatan untuk diri dan sahabat-sahabat sekalian.

Wallahuallam