Posts Tagged ‘Kembara Diri’

Bengkel penulisan 30 Mei 2009 (Part 2)

Thursday, June 4th, 2009

” Adik dari mana ni?” tanya seorang peserta semasa waktu rehat. “Dari Keramat, Kuala Lumpur” jawab saya sambil menguis-guis bihun menggunakan garfu plastik. Agak mesra mereka ni walaupun jurang umur kami agak jauh. Ya , memang tidak disangka-sangka.

Slot kedua diteruskan dengan perut yang sudah terisi. Rasa lebih bertenaga berbanding slot pertama tadi. Permainan pertama sudah dilepasi. Bagaimana pula permainan kedua pula? Permainan kedua bermula apabila jam menunjukkan pukul 11.o0 pagi. Permainan diberi nama “Menerangkan warna untuk orang buta dan menerangkan sesuatu kepada orang yang tiada deria tertentu”.  Menarik betul bila mendengar seorang peserta mengeluarkan idea mengenai bulan pada waktu malam. Dengan syarat dia menerangkan kepada orang yang duduk di bawah tanah sejak lahir dan tidak pernah melihat bulan. Bagaimana ya nak dia katakan tentang perkara ini. Dia berkata “Bayangkan anda melihat cahaya petikan mancis saya ini. Tidak terlalu terang seperti cahaya mancis ini dan tidak panas seperti api mancis ini tetapi bila anda tengok wajah bulan yang bulat itu sangat tenang cahayanya bukan seperti cahaya mancis ini”. Begitulah salah satu peserta yang agak bagus komennya.

Kemudian Prof menerangkan tentang jawapan seorang remaja yang pernah mengikuti bengkelnya dimana dia menerangkan warna merah kepada seorang yang buta. Remaja itu berkata bagaikan orang yang pulang dari jogging dari taman setelah  setengah jam berjogging lalu sentuhlah pipinya ketika itu. Baru kau tahu yang warna merah itu ada pada pipinya. Salah satu contoh lagi adalah warna hijau di mana boleh dikatakan bahawa warna hijau itu datang daripada bau rumput ketika selepas waktu hujan dan itulah warna hijau .Satu lagi contoh kertas pasir yang kesat untuk diberitahu kepada orang yang tak pernah punya tangan dari siku hingga jari. Kasarnya kertas pasir apabila digosok bunyinya amat kuat, menyakitkan dan bila digosok pada muka nescaya lukalah muka kamu.

Bengkel penulisan 30 Mei 2009

Tuesday, June 2nd, 2009

Alhamdullilah, setelah berkira-kira mahu pergi atau tak ke bengkel ni. Saya mengambil keputusan untuk menghadiri ke bengkel ini satu hari sebelum bengkel berlangsung. Kadang-kadang tertanya “Mungkin bakat ke bakat aku ni ada dalam penulisan?” Kalau dalam public speaking tak berapa bagus setelah mencuba lebih dari beberapa kali. Oleh itu, dari situlah saya mengambil keputusan untuk pergi ke bengkel ni.

Dengan tak berapa tahu apakah tentatif program yang akan datang untuk bengkel penulisan ini. Saya keluar dari rumah di Keramat lebih kurang pukul 8 pagi menggunakan motosikal Honda berwarna biru menuju ke UIA Gombak. Alhamdullilah perjalanan agak lancar, trafik pun kurang.

Setibanya saya di sana, kaki ini terus mengatur langkah mencari Classroom 4 seperti yang tercatat dalam SMS dari saudara Nizam. Pintu yang pertama saya jumpa tertulis Classroom 2. “Eh, ni bukan tempatnya ni”. Tiba-tiba saya tenampak seorang makcik cleaner di situ lalu menyapa dan bertanya. ” Assalamualaikum, tumpang tanya classroom 4 kat mana?”. Makcik tu menjawab “Adik pergi bahagian hujung masjid ni dan terus cari pintu sebelah kanan”.

Kemudian sampai saja di sana saya terus mencari tempat duduk dan berkenalan dengan beberapa peserta di sana. “Hai, aku sorang je yang muda yang lain semua dalam umur 40-an ke atas”. Tanggapan saya meleset mengingatkan peserta yang datang kebanyakannya berumur 20-an dan 30-an. ” Tak apalah asalkan dapat ilmu”.

Majlis bermula dengan bacaan ummul-kitab. Beberapa minit selepas berceramah, penceramah Prof Madya Dr Umi Kalthum berkata ” Bengkel kita pada hari ini tidak akan ada seminar semata-mata, kita akan selang-selikan  dengan beberapa buah game untuk para peserta”. Sesi pertama dilalui dengan agak segar, mungkin kerana baru di permulaan pagi. Selang beberapa minit selepas itu barulah game pertama dimulakan yang diberi nama ‘larian mata pena’. “Tulis apa saja mengenai tajuk yang saya berikan dengan syarat jangan stop menulis atau membetulkan tulisan” kata Prof. Saya menulis dengan tekunnya tanpa memikirkan apa-apa kesalahan yang ditulis. Masing-masing menulis dengan tekun dan tanpa menoleh ke arah siapa-siapa lagi. “Baiklah, berhenti menulis sekarang juga” kata Prof selepas 5 minit. Kemudian setiap seorang diminta untuk membacakan tulisan masing-masing. “Alamak, malunya aku kalau baca tulisan aku ni” kata saya dalam hati. Mana taknya ayatnya tak tersusun dan berterabur, takut betul orang gelak. Beberapa orang peserta menawarkan diri untuk membacakan tulisan masing-masing. “Hmmm, inilah bezanya kalau berbengkel dengan orang yang lebih berumur, tak segan silu bercakap dalam bengkel. Kalau orang muda jangan harap la” hati saya berkata. Salah seorang yang peserta menarik perhatian saya dengan catatan perjalanannya di Jakarta. Memang menarik di mana dia membezakan airport Jakarta yang agak buruk sama seperti airport Pengkalan Chepa.