Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain dari Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahuinya. Ali Imran 3:135
“Wei, jangan mengumpat la dosa tu” Sapa seorang rakan.
“Ah, sibuklah kau. Suka hatilah aku cakap apa. Dah memang betul” Balas si A.
A tidak mempedulikan nasihat rakannya. Segala apa yang rakannya ingin nasihat tidak mahu diterimanya. Bahkan terus-menerus melakukan dosa yang sama setiap hari. Membicarakan keaiban orang lain. Namun hari tidak selalu memyebelahi A. Petang itu hujan turun mencurah-curah. Tiada tanda-tanda akan berhenti. A berjalan di tepi longkang. Sepanjang laluan dia melalui lantai yang bersimen. Dengan hanya berteduhkan senaskhah surat khabar, A berlari menuju ke motosikalnya yang berada 500 meter jauhnya. Tiba-tiba dia terpijak sesuatu yang agak licin.
“Dup,” Bunyi yang agak kuat kedengaran.
Sambil mengelip-gelipkan matanya. A memandang-mandang di sekelilingnya. Badannya terasa lemah, kepala berbalut. “Kat mana aku ni?” Bisik A dalam hati. Tiba-tiba rakannya yang selalu menasihatinya tadi menyapanya. “Hah, kau tak apa-apa? tanya rakannya. “Kau terjatuh tadi, dari semalam kau tak bangun-bangun” tambah rakannya.
“Ye ke? Mana kawan office kita yang lain” Tanya A. “Entahlah, aku dah ajak diorang tapi takde sorang pun yang nak datang” Balas rakannya, perlahan seolah-olah tiada suara. Muka A berubah, terasa ada sesuatu yang menyiat-yiat hatinya. “Ya Allah mungkin aku terlalu sakitkan hati diorang sampai takde sorang pun yang nak jenguk aku” bisik hatinya. Kesal. Dia termenung merenung ke luar tingkap. “Dahlah tu, diorang sibuklah tu. Kau janganlah ambil hati ye” kata rakannya.
Keesokan hari. Rakannya datang lagi. Kali ini A sedang bersiap-siap untuk ‘discharge’ dari hospital. Sempat dia bertanya. “Macamana ye aku nak baik-baik dengan orang-orang yang aku dah selalu buruk-burukkan”. “Kau minta doa pada Allah minta dipermudahkan dan dibukakan hati mereka. Insya allah mereka akan maafkan” Balas rakannya. “Yang paling penting jangan kau buat balik perangai buruk kau tu” sambung rakannya.
Moral: Jangan suka mengumpat ye. Seumpama memakan daging saudara seagama.